Wednesday, 22 February 2012

Tentera cuba tarian buluh Bidayuh


SERIAN, 22 Feb:  Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mohktar mencuba tarian buluh masyarakat Bidayuh bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak, Datuk Chaiti Bolhassan ketika melawat ke Kampung Sg Menaul sempena majlis penyerahan rumah program bantuan rumah daerah Serian di sini baru-baru ini.

Sebanyak 376 buah di dalam empat daerah utama di Serian, Konowit, Serikei dan Betong dapat di siapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya tentera darat dalam melaksana projek National Blue Ocean Strategy 3. – Teks dan Foto Bernama

Tenggiling dirampas dari bot pancung Indonesia



MELAKA, 22 Feb: Petugas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Zamani Md Arof, menunjukan tenggiling yang dirampas oleh Jabatan Kastam Melaka, semasa operasi di perairan Pulau Besar di sini, Selasa (21 Feb). 
Sebanyak 67 ekor tenggiling hidup berjaya dirampas dari sebuah bot pancung warga Indonesia ketika cuba menyusup masuk ke Malaysia. – Teks dan Foto Bernama

Tuesday, 21 February 2012

Buku berunsur lucah



BUKU LUCAH ... Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh menunjukkan muka depan sebuah buku yang bertajuk ‘Where Did I Come From?” yang mengandungi unsur-unsur lucah ketika sidang media di Kuala Lumpur, semalam (20 Feb). 
Buku tersebut turut melakarkan ilustrasi dan kandungan ayat yang agak keterlaluan bagi kanak-kanak. – Teks dan Foto Bernama

*  Apa komen pembaca terhadap dakwaan kononnya buku itu ada unsur-unsur lucah tapi, tidak pula dinyatakan peringkat umur kanak-kanak yang boleh memiliki buku itu. Jika kandungan buku itu mendatangkan kemudaratan ketatasusilaan manusia elok haramkan saja!. Untuk lebih adil miliki buku itu dan baca kandungannya dan buat penilaian. – Editor Tabut Borneo

Monday, 20 February 2012

Janda bogel diugut jadi hamba seks


RAKYAT Malaysia hari ini digemparkan satu lagi berita panas, seorang janda beranak dua diugut oleh bekas teman lelakinya sejak 9 Feb lepas supaya bersetuju menjadi hamba seksnya kalau tidak, gambar bogel janda itu akan didedahkan.
Difahamkan, bahawa janda itu kini menderita akibat tekanan dan ketakutan yang keterlaluan angkara perbuatan bekas kekasihnya selain diganggu berkali-kali dengan panggilan telefon untuk mengadakan hubungan seks atau gambar itu didedahkan di internet dan di kalangan anggota keluarga serta kawan-kawannya.           
Disebabkan gangguan beterusan dilakukan oleh bekas kekasihnya maka satu laporan polis telah dibuat pada 12 Feb lalu di Balai Polis Tun H.S.Lee, di Kuala Lumpur terhadap lelaki itu.
Perkara ini berlaku apabila janda (ibu tunggal) itu dikenali sebagai Woon, 29, telah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya ketika mereka belajar di sekolah yang sama di Kepong.
Mangsa (janda) itu menjalinkan hubungan cinta dengan bekas teman lelakinya pada tahun 2000 lagi tetapi, hubungan mereka putus 2003, puncanya tidak dinyatkan.
Bagaimanapun, lapan tahun kemudian iaitu pada Mei 2010 janda itu bertemu kembali dengan bekas kekasihnya yang juga berusia 29 tahun dan menyambung kembali hubungan cinta.
Dipercayai hubungan mereka juga tidak kekal lama selepas mereka kembali bertaut pada 2010. Tiada penjelasan mengenainya.
Pasal gambar-gambar bogel janda itu tidak pula dinyatakan bila gambar itu diambil sama ada ketika bercinta di bangku sekolah lagi atau selepas menyambung kembali hubungan cinta.
Pelik tapi benar, berdasarkan kepada aduan yang diterima sebanyak 14 kes serupa membabitkan sembilan wanita dan lima lelaki.
Berita ini ditulis berdasarkan kepada maklumat yang didedahkan oleh Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong kepada media dalam sidang akhbar hari ini (Ahad).

Sunday, 19 February 2012

Malaysia belum maju, ‘rakyat subsidi’ masih wujud



SEDAPNYA ... inilah nikmat kemakmuran hasil kepimpinan yang bijaksana oleh pemimpin negara. Lihat sahaja Syed Abas (kiri sekali) dan rakyat yang bersamanya...kenyang perut senang hati.
UNTUK memakmurkan negara mesti ikut cara Nabi Muhammad SAW membangunkan Kota Madinah supaya semua rakyat menikmatinya,  ini adalah peringatan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali kepada semua pemimpin di Malaysia.
Dan lagi, katanya, Nabi juga berjaya menyatupadukan rakyatnya daripada pelbagai ‘tingkat kasta’ tidak membezakan rakyatnya daripada apa-apa aspek politik, agama, adat resam, budaya atau warna kulit.
Model 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berjaya membawa rakyat hidup harmoni dan, ianya sebahagian daripada amalan dalam kepimpinan Nabi Muhammad SAW.
Syed Abas ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Sambutan Maulidur Rasul  Peringkat Kampung Jawa Kongsi 10, di Tawau pada Sabtu (19 Feb) berkata: “Pemimpin dan rakyat harus merubah sikap, minda dan cara berfikir, tanpa perubahan maka kehidupan akan kembali ke era premitif.”
“Pemimpin harus memimpin rakyat dengan mesra dan adil manakala, rakyat sabar menghadapi cabaran dan banyakkan mempelajari kemahiran untuk masa depan,” kata Syed Abas lagi.