Sunday, 1 July 2012

Frylennie Unduk Ngadau Himpunan Belia Kadamaian 2012


KOTA BELUD: Cik Frylennie Suadik, 18, dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau, Himpunan Belia Bersama Artis Tempatan, sempena Pesta Kaamatan Belia Dewan Undangan Negeri, Kadamaian 2012,  mengalahkan sepuluh peserta yang lain.
Frylennie  mewakili Kampung Piasau membawa pulang wang tunai RM300, hamper dan tropi. Tempat kedua Eva Evanna Vitalis, 18, dari Kampung Piasau, membawa pulang RM250, hamper dan tropi.
Manakala Suzzy Julten, 18, yang mewakili Kampung Rangalau, memenangi tempat ketiga, sementara Unduk Ngadau Paling Popular menerusi undian SMS dimenangi peserta dari Kampung Gour, Mezlorria Basir, 18, membawa pulang dua bungkusan hamper dan wang tunai.
Majlis itu berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Piasau, dekat sini, pada Jumaat (29 Jun, 2012) dirasmikan oleh Pembantu Meneri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim.
Seramai 700 orang belia berjaya dihimpunkan di majlis itu yang turut dihadiri oleh  Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, merangkap Wakil Rakyat Kadamaian, Datuk Herbert Timbon Lagadan.
Majlis itu turut diserikan persembahan beberapa artis tempatan antaranya Clarice John Matta, Caroline Yusof, Meeda Hamzani, Jenny Gaising, Benn Simon, Wilton Gudol, Wilson Lion dan S. Welly Kelo dan Juara Sugandoi Belia Kadamaian, Nora Edora Francis.

Frylennie (empat, kiri) Eva (tiga, kiri) Suzzey Juhen (tiga, kanan) diapit empat finalis yang lain. 


Deberan hati para Unduk Ngadau yang menunggu penggilan sebagai perserta finalis terakhir pada pertandingan itu.

Monday, 9 April 2012

Pujian melulu Pairin kepada Musa dan kerajaan UMNO mengganggu nurani Orang Asal Sabah

KOTA KINABALU : Saya amat terkejut membaca laporan akhbar hari ini menyatakan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan memuji-muji dan mengangkat kempimpinan Ketua Menteri Musa Aman sebagai seseorang yang amat prihatin kepada rakyat Sabah.

Tidakkah Huguan Siou Kadazandusun itu sedar pujiannya adalah janggal sekali sebab di bawah pimpinan Musa dari UMNO lah, masyarakat Kadazandusun dan juga Orang Asal lain semakin terhimpit di bumi sendiri?

Bagaimanakah Pairin mengangkat Musa sedangkan ketika pemerintahannya rakyat Sabah terus merempat sebagai yang paling miskin di Malaysia? Ini laporan Bank Dunia yang menyatakan demikian !

Tidakkah Presiden PBS itu menyedari di bawah kerajaan ini, masyarakat Kadazandusun rata-rata merasa tertindas kerana merekalah sekarang golongan termiskin di Sabah ! Bilakah orang Kadazandusun banyak kehilangan hak mereka termasuk tanah-tanah adat (NCR)? Bukankah di bawah kerajaan yang dipimpin Musa ?

Tahukah Pairin dan PBS puluhan ribu belia Kadazandusun berada di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor mencari dan bekerja di pelbagai sektor kerana mereka tidak mendapat pekerjaan di Sabah? Ramai mereka ini layak menjadi anggota polis dan guru misalnya tetapi Pairin tidak tahu anak-anak muda dari Semenanjung pula diberi kerja ini di Sabah !

Bagaimana pula dengan pendatang haram? Bagaimana dengan IC palsu ? Pengundi palsu? Tidakkah terdetik di hati Pairin semua isu ini, sehingga memuji melangit Musa yang tidak nampak menyelesaikan isu-isu yang telah menghantui rakyat Sabah.

Cukup memalukan diri sendiri tetapi inilah hakikatnya bila pemimpin terhutang budi dan seolah-olah meletakkan kedudukan sendiri lebih daripada perasaan rakyat jelata sendiri.

Apa yang berlaku ini umpama mimpi yang kita tidak terbayangkan akan berlaku tetapi kini sudah berlaku. Pairin antara lain memuji Musa sebagai "tidak dapat dinafikan lagi beliau seorang ketua menteri yang amat prihatin (caring)..." pada pelancaran sebuah buku mengenai Musa oleh Yang di-Pertua Negeri hari ini.

Diedarkan melalui KG Publicist di 012-8856465


523 PKR members join STAR in Kota Belud


KOTA BELUD : Resurging State Reform Party (STAR) claimed 523 members of Parti Keadilan Rakyat (PKR) from Kota Belud had or are quitting the Malaya-based- party for STAR.
STAR divisional head for Kota Belud, Rubin Guribah, who was formerly a Kota Belud's PKR deputy divisional head, said at least six PKR's polling district's committee (JDM) here also had been dissolved.
The JDMs are from Kinasaraban, Taginambur, Sayap, Kiau, Gaur and Melangkap areas, he claimed.
According to Guribah, many in the PKR division also had quit the party, losing confidence in its policy and direction. "Among those local leaders who quit with me were Peter Dasim, Naim Angkat, Tingkun Penimbul, Laimin Linahan, Soidol Dominting, Jason Munggin Limpakan and many others," he said.
He disclosed this at the launching of Tempasuk STAR by STAR state chairman, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yesterday at the house of a former PBS leader who had joined STAR, Suwah Buleh.
Meanwhile, STAR state deputy chairman, Daniel John Jambun, in a statement said more are expected to join STAR not only in Kota Belud but from other districts.
In welcoming the 523 into STAR, Jambun said their bold decision indicated that local Sabahans wanted a strong voice from an independent local party. "The people know what they are doing...this augurs well for STAR and Sabah," he said.
Earlier in his launching speech, Dr Jeffrey called on Sabahans to rally behind the United Borneo Alliance (UBA) in order to push for its seven-point Borneo Agenda STAR mooted.
"Our support is growing and this shows that the people want change, and this is the time for change. Our membership in Sabah has reached 160,000 in a matter of less than three months from our state launching on Jan 6, and this is a very good development," he said.
Also present at the well-attended function were former Kadamaian (in the 1960s known as Sorob and later Kebayau) USNO assemblyman, Ismail Gimbad, president of United Sabah Dusun Tindal Organisation (USTO), James Bagah, and Sabah Progressive Party (SAPP) supreme council leader, Peter Marajin.



Issued via KG Publicist at 012-8856465


Sabahans unity is the last thing on KL mind, says Jeffrey

RANAU : Sabahans can be rest assured that unity among multi-ethnic Sabahans is the last thing on the mindset of Kuala Lumpur politicians, alleged chairman of the Sabah chapter of State Reform Party (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

"Kuala Lumpur would never want us united... They are most afraid if we Sabahans are united because if we are united, they could not eat us," he said in his speech launching STAR's Karanaan state constituency coordinating committee at Kampung Himbaan near here yesterday.

Alleging that Malayan leaders had the penchant of segregating people along racial and religion lines in Peninsular, they now, through their Malayan-based parties extension here have brought in the same political culture to Sabah.

"They did not want to learn from our unity here in Sabah where inter-cultural union is common... they want us disunited so they can lord over us and continue to treat Sabah as fix-deposit.

"But Sabahans now have realised KL political game and they want to take charge of their own fate and future. Sabahans realised that they could not trust outsiders to lead them and that is why more and more people rally under STAR now..." he said at the function which was attended by about 300 people.

Also in attendance yesterday were Sabah Progressive Party (SAPP) suprme council member Japiril Suhaimin and USNO protem senior leader Sofea Leong Chau Chu. Ranau STAR is headed by Jalibin Paidi, a teacher, who is poised to be one of STAR candidates at the coming general election.  

Dr Jeffrey also shared with the audience how then Prime Minister Dr Mahathir Mohamad told him "not to tell Sabahans what they don't know" as the epitome of Kuala Lumpur mindset and fear of people who are aware of and want to assert their rights.

Jeffrey said that was when he was about to be detained by Dr Mahathir under the draconaian Internal Security Act (ISA), allegedly for plotting by force to take Sabah away from the Federation of Malaysia.     
  
Scores of former members of Parti Bersatu Sabah (PBS) and Parti Keadilan Rakyat (PKR) also handed in their application forms to Dr Jeffrey to join STAR at the function.
 

Issued via KG Publicist at 012-8856465

Tuesday, 20 March 2012

Tambanuo Mohon Kerajaan Sabah Hormati Undang-Undang Antarabangsa Mengenai Hak Orang Asal.


Pengerusi Jawatan Kuasa Gabungan Pengurusan Tanah Tongod Tujuh Buah Kampung encik Paulus Gahin dan Ketua Kampung Napagang encik Putan Salah bersama enam puluh Tambanuo gembira berada di tanah warisan mereka. 
TONGOD, Kinabatangan: Apabila Mahkamah Persekutuan pada 24 November 2011 mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dalam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan tidak ada kuasa perundangan mendengar kes saman yang dibawa oleh lima penduduk kampung berhubung permohonan Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR) di Kinabatangan,  satu aktiviti mengingati sejarah tanah warisan nenek moyang Tambanuo telah dilakukan oleh seramai 60 orang Tambanuo di Kampung Napagang.

Paulus Gahin (kanan) menerangkan Tanah Adat mereka kepada salah seorang Staff daripada syarikat yang menceroboh tanah adat mereka. 
 Aktiviti tersebut diketuai sendiri oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Gabungan Pengurusan Tanah Tongod Tujuh Buah Kampung encik Paulus Gahin dan Ketua Kampung Napagang Encik Putan Salag. 

Tambanuo tersebut telah memasuki tanah NCR mereka untuk menuai dan mengeluarkan buah sawit yang ditanam oleh penceroboh yang diizinkan oleh kerajaan Barisan Nasional di Sabah sejak tahun 2002.

Selama sepuluh tahun, hak Tambanuo telah diganggu melalui pencerobohan menyebabkan kesukaran Tambanuo mengekalkan dan menguatkan perhubungan kerohanian tersendiri mereka dengan tanah yang dimiliki oleh mereka secara tradisi.

Selama sepuluh tahun, hak Tambanuo telah diganggu melalui pencerobohan menyebabkan kesukaran Tambanuo mengekalkan hak mereka ke atas tanah, wilayah dan sumber-sumber yang telah dimiliki oleh Tambanuo secara tradisional kepada tanah mereka.

Kerajaan Barisan Nasional di Sabah berhak menghormati dan mematuhi undang-undang antarabangsa untuk melindungi hak Orang Asal di Sabah. Kerajaan Barisan Nasional di Sabah mempunyai kuasa melindungi budaya, tanah dan cara hidup Tambanuo di Sabah.  

Syarikat penceroboh tidak seharusnya memasang sebarang tulisan di Tanah Adat Tambanuo. 
Sehubungan dengan itu, Ketua Kampung Napagang, encik Putan Salag meminta supaya hak mereka terhadap tanah mereka dikembalikan. Beliau juga memohon supaya kerajaan baru selepas PRU 13 ini, akan mengutamakan hak Tambanuo kepada tanah mereka untuk dikembalikan kepada Tambanuo.

Sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Gabungan Pengurusan Tanah Tongod Tujuh Buah Kampung, Paulus Gahin meminta pemimpin kerajaan sekarang supaya turun padang melihat sendiri masalah yang dihadapi Tambanuo setelah tanah mereka diceroboh.

"Selagi masalah tanah ini tidak selesai, kami akan terus berjuang mempertahankan tanah kami hingga ke titisan darah terakhir," kata beliau. 

Paulus meminta supaya kerajaan sekarang memberi perhatian serius terhadap masalah pencerobohan tanah mereka. Beliau juga mengharapkan supaya ada individu dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terus menyokong mereka untuk menyuarakan dan menguatkan suara tuntutan dan perjuangan mereka.

"Tanah Adat di Sabah, khususnya di Tongod semakin habis diambil oleh syarikat-syarikat besar." Akhiri beliau. 

Salah seorang Staff syarikat meminta penjelasan lebih daripada Paulus Gahin 
Keratan akhbar tentang kronologi 

 

Monday, 5 March 2012

Mantapkan gerak kerja, kata Aminah

TUGAS ... Sedang meneliti tugasan yang di beri di Kanibongan dan Pitas .

1MALAYSIA ... Datin Aminah Ambrose bersama jawatankuasa Wanita Umno Kudat dan Jalinan Rakyat di Kanibongan dan Pitas.
ZIARAH ... Aminah melawat KK Nahim yang baru keluar dari Hospital Queen Elizabeth di rumahnya.

PERJUMPAAN ... Perjumpaan dengan Ketua-ketua Wanita Cawangan Umno Daratan Kanibongan.

JALINAN RAKYAT ... Sebahagian Wanita Jalinan Rakyat di Pejabat Perhubungan Umno DUN Pitas.


KUDAT: (5 Mac): Ketua Wanita Umno Kudat, Datin Aminah Ambrose menegaskan bahawa kaum wanita bukan hanya sebagai penyumbang mutlak kepada perjuangan parti, tetapi kaum wanita juga merupakan penentu kemenangan dalam setiap pilihan raya.
Beliau berkata ini kerana kaum wanita merupakan pengundi terbesar di Negara ini, tetapi juga cara dan pendekatan kaum wanita dalam menarik pengundi pada saat berkempen dan ia satu hakikat yang tidak boleh dinafikan. 
 “Saya berharap agar kelebihan ini dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan, lebih-lebih lagi pada masa ini, yang memperlihatkan persaingan dalam perjuangan untuk memartabatkan kedaulatan dan kehidupan sosial dan ekonomi bangsa, semakin hari semakin hebat,” kata Aminah.
 Beliau berkata demikian semasa berucap Majlis Penerangan Gerak Kerja dan Sistem Informasi Jalinan Rakyat (JR) Wanita Umno Kudat di Kanibongan dan Pitas, Kudat kelmarin.
 Jelas Aminah yang juga Pengerusi Wanita BN Kudat menambah Wanita Umno hendaklah senantiasa waspada dan Jangan kita mudah dikotak-katikkan oleh isu-isu yang memungkinkan berlakunya perpecahan dalam parti.
 Teganya parti-parti komponen BN perlu bijak dan indak mengikut kehendak waktu dan zaman. Jangan sampai wujud polemik berpuak-puak sehingga melemahkan semangat perjuangan kolektif yang menjadi teras kekuatan parti.
 “Sebagai tunjang Barisan Nasional, kita harus membentuk satu barisan yang boleh menjadi iktibar kepada parti-parti komponen yang lain.
 “Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama, untuk memastikan BN Saobah mantap dan kukuh. Parti lemah, bererti seluruh komponen akan menjadi lemah,” ujarnya.
Sehubungan itu Aminah turut menyeru ketua-ketua Wanita Umno di peringkat cawangan memberi tumpuan perjuangan dan gerak kerja perlu dikemaskini dan dipandang serius bagi membolehkan pergerakan itu mengharungi perjuangan dan cabaran intelektual alaf baru agar matlamat pembabitan mereka dalam arus perdana politik negara tercapai.


Puteri Umno Kota Marudu turun padang bantu masyarakat setempat

KOTA MARUDU, (3 Mac): Ketua Puteri Umno Kota Maduru, Redonah Bahanda menyeru semua ahli Puteri Umno peringkat cawangan supaya ‘turun padang’ dan mendengar nadi rakyat.
 Beliau berkata Puteri Umno Kota Marudu akan menjalankan aktiviti seperti menyusur akar, ziarah kasih, Program Puteri Prihatin untuk mendengar dan melihat sendiri masalah yang dihadapi.
Program Puteri Prihatin adalah untuk menyelami sendiri denyut nadi rakyat bukan sahaja di kawasan dalam bandar dan luar bandar tetapi juga di Hospital-dan klinik kerajaan.
 “Ini sejajar dengan kehendak Perdana Menteri dan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan ahli politik berkhidmat demi kepentingan rakyat. Dan program ini merupakan insiatif Puteri Umno Malaysia melalui Kementerian Kesihatan,” ujar Redonah.
Beliau berkata demikian semasa melawat Hospital Lotong Kota Marudu, semalam (3 Mac).
Program itu turut disertai Pengarah Hospital Lontong Kota Marudu, Dr. Rosfina. Puteri Umno Kota Marudu turut memberi buah tangan kepada para pesakit sebanyak 100 bungkusan kepada pesakit thalassemia, wad kanak-kanak, wad lelaki dan wad perempuan.
KENANGAN ... Redonah dan Jawatankuasa Puteri Umno Kota Marudu merakamkan gambar kenangan bersama dan Pengarah Hospital Dr. Rosfina dan kakitangan hospital pada Program Puteri Prihatin.

PRIHATIN .... Redonah menyampai bungkusan kepada salah seorang pesakit ketika melawat wad kanak-kanak bersama Pengarah Hospital Lontong KM, Dr. Rosfina.


SUMBANGAN ... Redonah menyampai bungkusan kepada salah seorang pesakit ketika melawat wad kanak-kanak bersama Pengarah Hospital Lontong KM, Dr. Rosfina.




Melawat pesakit thalassemia.






Sunday, 4 March 2012

SULTAN BRUNEI RASMI FESTIVAL SANDAKAN KE-12

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah diiringi bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin (kiri) dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (kanan) ketika menghadiri makan malam di Dewan Serbagunan Sri Libaran di Sandakansempena lawatan kerja baginda selama dua hari ke Sandakan.

SANDAKAN, 3 Mac: Festival Sandakan edisi ke-12 pada tahun ini
mencatatkan sejarah apabila Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat
merasmikan acara itu di Padang Bandaran di sini, malam ini.
Penghormatan tersebut diberikan sempena lawatan kerja dua hari oleh baginda
ke daerah ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman ketika berucap pada majlis itu berkata
keberangkatan baginda ke majlis itu mencatatkan satu peristiwa yang
penuh bersejarah bagi masyarakat di daerah Sandakan.
Beliau berkata lawatan baginda ke negeri itu akan mengukuhkan lagi hubungan
dua hala yang sedia erat serta mengeratkan lagi silaturahim dan semangat
persaudaraan di antara rakyat kedua-dua negara.
Mengenai Festival Sandakan itu, Musa berkata ia mula diperkenalkan pada 2000
dan telah berjaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan
daerah Sandakan dan negeri Sabah.
Katanya dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang berunsurkan kebudayaan,
kesenian dan pelancongan, ternyata ia bukan sahaja penuh dengan tradisi
kemeriahan dan keunikan, tetapi juga mempunyai daya tarikannya tersendiri.
Beliau berkata di samping memaparkan sejarah, keunikan dan keindahan daerah
Sandakan, festival ini juga berjaya memperkukuhkan lagi kerjasama dan muafakat
dalam kalangan rakyat berbilang suku kaum, agama dan budaya.
Hadir sama pada majlis itu, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin
dan Toh Puan Norlidah R.M. Jasni. 
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mendengar penerangan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Sam Mannan (kanan) semasa melihat panorama di Canopy Walkway Reception Center di sini ketika melawat Pusat Penemuan Hutan Hujan sempena lawatan dua hari baginda ke Sandakan hari ini.
Turut mengiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (kiri).



SELAMAT TIBA ... Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah diiringi Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin (empat, kiri) dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (tiga, kanan)
mengaminkan doa sebaik tiba di Lapangan Terbang Sandakan.

Who is behind logging in Lalampas Agropolitan in Kuamut ?


Press Release by

Mr James Ait
STAR, Sabah chapter state committee member
Kuamut leader
Tongod, Mar 3, 2012



TONGOD: For the past few weeks, i have received disturbing reports from various kampungs in the vicinity of the proposed Lalampas Agropolitan project in Kuamut. 

The reports concerned the carpet felling of all logs in the proposed Lalampas Agropolitan area. Heavy machines and lorries are plying the kampungs in the area everyday, felling logs and ferrying out the timber.

I have come to the area to check and found out that these people were ferrying out logs as though they are in a hurry to finish their jobs - to clear the lands for an agropolitan project, supposedly for palm oil and rubber plantation.

What i am questioning here is that these logging activities were never discussed with the kampung people who are to participate in the agropolitan project which would be carried out under a Communal Title arrangement.

Now while under communal title, these natives would have been the stakeholders also of the timber, why deny them of their rights to this economic wealth? Who is really benefitting from this project here? 

This is a kind of stealing from these simple-minded people.

It is an act of inconsiderate capitalist and irresponsible leadership of the UMNO-led Barisan Nasional state government.

We would like the people representatives there to enlighten us on this issue. The pictures i attached here speak volumes of the issue at hand.

IMG0117A.jpgIMG0118A.jpgIMG0123A.jpgIMG0130A.jpgIMG0164A.jpgIMG0124A.jpg
IMG0146A.jpg

IMG0144A.jpg

  


IMG0129A.jpg

IMG0147A.jpg

                                         
 IMG0158A.jpg










                                    Issued via KG Publicist at 012-8856465

Thursday, 1 March 2012

"Please don't forget and sideline us" - Wilster




SOME of the dilapidated houses of the natives in Minusuh which need help from the government.


TONGOD, Kinabatangan : "Please don't forget and sideline us," that is the dire reminder for the government from Pengerusi JKKK of Kampung Minusuh in Kuamut, Kinabatangan near here.

Wilster Lawrance, said that his kampung and seven others here are left far behind without good roads, electricity and still do not have clean water supply even though pipes were finally installed about six months ago.

According to State Reform Party (STAR) leader, James Ait, who visited the kampungs last week, even  Lawrance the pengerusi JKKK seemed to have given up hope on the government, and that he was under extreme pressure to defend the ruling government.

"In my two-hour discussion with Lawrance on the well being of the Tambanuo people in the areas, he told me his own frustration for not being able to compel the government to resolve various development issues and also land-related matters.

"The chairman confided in me that he was very disappointed at the poor situation in his areas, furthermore he being the Parti Bersatu Sabah (PBS) senior leader was asked to look after, besides Minusuh, seven other kampungs namely Minusuh, Namukon, Maliau, Tampasak, Liupampang, Mananam and Napagang,“ Ait said in a statement today.

According to Ait, while it is a pleasant news for him that many in the areas are now turning to STAR for guidance and leadership, he was sympathetic to Lawrance who was being deserted by the ordinary orang kampung.

Kuamut is one of the areas in Sabah where land-grabs had been reported and that many natives are already being displaced by big palm oil plantations. Kinabatangan itself is notorious for the fact that illegal immigrants now outnumber the locals.  

Ait said some of the land applications of the Tambanuo's had been lodged for 20 years but they never got answer. However outsiders and companies are allotted huge lands for palm oil plantation everywhere in Kinabatangan which is as big as the whole state of Pahang in Peninsular.

"The Tambanuo youths are restless now, there are no jobs, no opportunities for them... They do not enjoy the fruit of their grandparents' labour. This is pathetic." said Ait.  

Ait quoted Lawrance who said: "I do not blame the people if they support the opposition this time. What i want from the state government is come over here and listen to us and do something for our kampungs and the natives before it is too late".


Issued via KG Publicist at 012-8856465


Wednesday, 22 February 2012

Tentera cuba tarian buluh Bidayuh


SERIAN, 22 Feb:  Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mohktar mencuba tarian buluh masyarakat Bidayuh bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak, Datuk Chaiti Bolhassan ketika melawat ke Kampung Sg Menaul sempena majlis penyerahan rumah program bantuan rumah daerah Serian di sini baru-baru ini.

Sebanyak 376 buah di dalam empat daerah utama di Serian, Konowit, Serikei dan Betong dapat di siapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya tentera darat dalam melaksana projek National Blue Ocean Strategy 3. – Teks dan Foto Bernama

Tenggiling dirampas dari bot pancung Indonesia



MELAKA, 22 Feb: Petugas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Zamani Md Arof, menunjukan tenggiling yang dirampas oleh Jabatan Kastam Melaka, semasa operasi di perairan Pulau Besar di sini, Selasa (21 Feb). 
Sebanyak 67 ekor tenggiling hidup berjaya dirampas dari sebuah bot pancung warga Indonesia ketika cuba menyusup masuk ke Malaysia. – Teks dan Foto Bernama

Tuesday, 21 February 2012

Buku berunsur lucah



BUKU LUCAH ... Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh menunjukkan muka depan sebuah buku yang bertajuk ‘Where Did I Come From?” yang mengandungi unsur-unsur lucah ketika sidang media di Kuala Lumpur, semalam (20 Feb). 
Buku tersebut turut melakarkan ilustrasi dan kandungan ayat yang agak keterlaluan bagi kanak-kanak. – Teks dan Foto Bernama

*  Apa komen pembaca terhadap dakwaan kononnya buku itu ada unsur-unsur lucah tapi, tidak pula dinyatakan peringkat umur kanak-kanak yang boleh memiliki buku itu. Jika kandungan buku itu mendatangkan kemudaratan ketatasusilaan manusia elok haramkan saja!. Untuk lebih adil miliki buku itu dan baca kandungannya dan buat penilaian. – Editor Tabut Borneo

Monday, 20 February 2012

Janda bogel diugut jadi hamba seks


RAKYAT Malaysia hari ini digemparkan satu lagi berita panas, seorang janda beranak dua diugut oleh bekas teman lelakinya sejak 9 Feb lepas supaya bersetuju menjadi hamba seksnya kalau tidak, gambar bogel janda itu akan didedahkan.
Difahamkan, bahawa janda itu kini menderita akibat tekanan dan ketakutan yang keterlaluan angkara perbuatan bekas kekasihnya selain diganggu berkali-kali dengan panggilan telefon untuk mengadakan hubungan seks atau gambar itu didedahkan di internet dan di kalangan anggota keluarga serta kawan-kawannya.           
Disebabkan gangguan beterusan dilakukan oleh bekas kekasihnya maka satu laporan polis telah dibuat pada 12 Feb lalu di Balai Polis Tun H.S.Lee, di Kuala Lumpur terhadap lelaki itu.
Perkara ini berlaku apabila janda (ibu tunggal) itu dikenali sebagai Woon, 29, telah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya ketika mereka belajar di sekolah yang sama di Kepong.
Mangsa (janda) itu menjalinkan hubungan cinta dengan bekas teman lelakinya pada tahun 2000 lagi tetapi, hubungan mereka putus 2003, puncanya tidak dinyatkan.
Bagaimanapun, lapan tahun kemudian iaitu pada Mei 2010 janda itu bertemu kembali dengan bekas kekasihnya yang juga berusia 29 tahun dan menyambung kembali hubungan cinta.
Dipercayai hubungan mereka juga tidak kekal lama selepas mereka kembali bertaut pada 2010. Tiada penjelasan mengenainya.
Pasal gambar-gambar bogel janda itu tidak pula dinyatakan bila gambar itu diambil sama ada ketika bercinta di bangku sekolah lagi atau selepas menyambung kembali hubungan cinta.
Pelik tapi benar, berdasarkan kepada aduan yang diterima sebanyak 14 kes serupa membabitkan sembilan wanita dan lima lelaki.
Berita ini ditulis berdasarkan kepada maklumat yang didedahkan oleh Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong kepada media dalam sidang akhbar hari ini (Ahad).

Sunday, 19 February 2012

Malaysia belum maju, ‘rakyat subsidi’ masih wujud



SEDAPNYA ... inilah nikmat kemakmuran hasil kepimpinan yang bijaksana oleh pemimpin negara. Lihat sahaja Syed Abas (kiri sekali) dan rakyat yang bersamanya...kenyang perut senang hati.
UNTUK memakmurkan negara mesti ikut cara Nabi Muhammad SAW membangunkan Kota Madinah supaya semua rakyat menikmatinya,  ini adalah peringatan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali kepada semua pemimpin di Malaysia.
Dan lagi, katanya, Nabi juga berjaya menyatupadukan rakyatnya daripada pelbagai ‘tingkat kasta’ tidak membezakan rakyatnya daripada apa-apa aspek politik, agama, adat resam, budaya atau warna kulit.
Model 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berjaya membawa rakyat hidup harmoni dan, ianya sebahagian daripada amalan dalam kepimpinan Nabi Muhammad SAW.
Syed Abas ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Sambutan Maulidur Rasul  Peringkat Kampung Jawa Kongsi 10, di Tawau pada Sabtu (19 Feb) berkata: “Pemimpin dan rakyat harus merubah sikap, minda dan cara berfikir, tanpa perubahan maka kehidupan akan kembali ke era premitif.”
“Pemimpin harus memimpin rakyat dengan mesra dan adil manakala, rakyat sabar menghadapi cabaran dan banyakkan mempelajari kemahiran untuk masa depan,” kata Syed Abas lagi.