Sunday, 19 February 2012

Malaysia belum maju, ‘rakyat subsidi’ masih wujud



SEDAPNYA ... inilah nikmat kemakmuran hasil kepimpinan yang bijaksana oleh pemimpin negara. Lihat sahaja Syed Abas (kiri sekali) dan rakyat yang bersamanya...kenyang perut senang hati.
UNTUK memakmurkan negara mesti ikut cara Nabi Muhammad SAW membangunkan Kota Madinah supaya semua rakyat menikmatinya,  ini adalah peringatan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali kepada semua pemimpin di Malaysia.
Dan lagi, katanya, Nabi juga berjaya menyatupadukan rakyatnya daripada pelbagai ‘tingkat kasta’ tidak membezakan rakyatnya daripada apa-apa aspek politik, agama, adat resam, budaya atau warna kulit.
Model 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berjaya membawa rakyat hidup harmoni dan, ianya sebahagian daripada amalan dalam kepimpinan Nabi Muhammad SAW.
Syed Abas ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Sambutan Maulidur Rasul  Peringkat Kampung Jawa Kongsi 10, di Tawau pada Sabtu (19 Feb) berkata: “Pemimpin dan rakyat harus merubah sikap, minda dan cara berfikir, tanpa perubahan maka kehidupan akan kembali ke era premitif.”
“Pemimpin harus memimpin rakyat dengan mesra dan adil manakala, rakyat sabar menghadapi cabaran dan banyakkan mempelajari kemahiran untuk masa depan,” kata Syed Abas lagi.



No comments:

Post a Comment