RAKYAT Malaysia hari ini digemparkan satu lagi
berita panas, seorang janda beranak dua diugut oleh bekas teman lelakinya sejak
9 Feb lepas supaya bersetuju menjadi hamba seksnya kalau tidak, gambar bogel
janda itu akan didedahkan.
Difahamkan, bahawa janda itu kini menderita
akibat tekanan dan ketakutan yang keterlaluan angkara perbuatan bekas
kekasihnya selain diganggu berkali-kali dengan panggilan telefon untuk
mengadakan hubungan seks atau gambar itu didedahkan di internet dan di kalangan
anggota keluarga serta kawan-kawannya.
Disebabkan gangguan beterusan dilakukan oleh
bekas kekasihnya maka satu laporan polis telah dibuat pada 12 Feb lalu di Balai
Polis Tun H.S.Lee, di Kuala Lumpur terhadap lelaki itu.
Perkara ini berlaku
apabila janda (ibu tunggal) itu dikenali sebagai Woon, 29, telah menjalinkan
hubungan cinta dengan bekas kekasihnya ketika mereka belajar di sekolah yang
sama di Kepong.
Mangsa (janda) itu menjalinkan hubungan cinta
dengan bekas teman lelakinya pada tahun 2000 lagi tetapi, hubungan mereka putus
2003, puncanya tidak dinyatkan.
Bagaimanapun, lapan tahun kemudian iaitu pada
Mei 2010 janda itu bertemu kembali dengan bekas kekasihnya yang juga berusia 29
tahun dan menyambung kembali hubungan cinta.
Dipercayai hubungan mereka juga tidak kekal
lama selepas mereka kembali bertaut pada 2010. Tiada penjelasan mengenainya.
Pasal gambar-gambar bogel janda itu tidak pula
dinyatakan bila gambar itu diambil sama ada ketika bercinta di bangku sekolah
lagi atau selepas menyambung kembali hubungan cinta.
Pelik tapi benar, berdasarkan kepada aduan yang
diterima sebanyak 14 kes serupa membabitkan sembilan wanita dan lima lelaki.
Berita ini ditulis berdasarkan kepada maklumat yang
didedahkan oleh Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong kepada media
dalam sidang akhbar hari ini (Ahad).
No comments:
Post a Comment