| PEMENANG ... Edna (duduk) diapit pemenang lain selepas dinobatkan sebagai Ratu Unduk Ngadau pada Pesta Kaamatan peringkat Sapi Plantations Ke-23. |
Dengan kemenangan itu,
Edna membolot hadiah wang tunai RM2,500 dan baucer kelengkapan pengantin bernilai
RM2,000.
Kategori Ratu Cik Elegan
disandang Cik Cheryl Joan Chan dari Kota Kinabalu dan bagi kategori jawapan yang
terbaik dimenangi Cik Gurjitt Kaur Sandhu dari Ladang Sabah Beluran, manakala
kategori Ratu Popular jatuh kepada Deonesia Bronio.
Penyampaian hadiah
kepada para pemenang disempurnakan oleh pengerusi merangkap Ketua Pegawai Ekskutif
Wilmar International Limited, Kuok Khoon Hong pada perayaan yang disambut untuk
kali ke-23 tahun itu.
Hadir sama ialah
Pengerusi merangkap Pengurus Besar PBB Oil Palms Bhd, Goh Ing Sing.
PPB Oil Palms
menganjurkan acara tahunan ini sejak tahun 1990 dan satu-satunya syarikat
perladangan yang menyambut perayaan kebudayaan Sabah pada setiap tahun.
| SIMBOLIK ... Kuok (tengah) di samping Goh bersama-sama Pengurusan Wilmar's mengetam padi sebagai tanda sempurnanya sambutan Pesta Kaamatan Ke-23 yang dirayakan di Sapi Plantations pada kali ini . |
SIMBOLIK ... Salah satu acara simbolik tanda sempurnanya perayaan yang dirai dengan menombak buah sawit.
|
![]() |
ANGGUN ... Salah seorang peserta akhir dalam pertandingan Unduk Ngadau yang diadakan.
|

No comments:
Post a Comment