![]() |
| TUGAS ... Sedang meneliti tugasan yang di beri di Kanibongan dan Pitas . |
![]() |
| 1MALAYSIA ... Datin Aminah Ambrose bersama jawatankuasa Wanita Umno Kudat dan Jalinan Rakyat di Kanibongan dan Pitas. |
![]() |
ZIARAH ... Aminah melawat KK Nahim yang baru keluar dari Hospital Queen Elizabeth di rumahnya.
|
![]() |
| PERJUMPAAN ... Perjumpaan dengan Ketua-ketua Wanita Cawangan Umno Daratan Kanibongan. |
![]() |
JALINAN RAKYAT ... Sebahagian Wanita Jalinan Rakyat di Pejabat
Perhubungan Umno DUN Pitas.
|
KUDAT: (5 Mac): Ketua Wanita Umno Kudat, Datin Aminah Ambrose menegaskan
bahawa kaum wanita bukan hanya sebagai penyumbang mutlak kepada perjuangan
parti, tetapi kaum wanita juga merupakan penentu kemenangan dalam setiap
pilihan raya.
Beliau berkata ini kerana kaum wanita merupakan pengundi terbesar di
Negara ini, tetapi juga cara dan pendekatan kaum wanita dalam menarik pengundi
pada saat berkempen dan ia satu hakikat yang tidak boleh dinafikan.
“Saya berharap agar kelebihan
ini dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan, lebih-lebih lagi pada masa ini,
yang memperlihatkan persaingan dalam perjuangan untuk memartabatkan kedaulatan
dan kehidupan sosial dan ekonomi bangsa, semakin hari semakin hebat,” kata
Aminah.
Beliau berkata demikian semasa berucap Majlis Penerangan Gerak
Kerja dan Sistem Informasi Jalinan Rakyat (JR) Wanita Umno Kudat di Kanibongan
dan Pitas, Kudat kelmarin.
Jelas Aminah yang juga Pengerusi Wanita BN Kudat menambah Wanita
Umno hendaklah senantiasa waspada dan Jangan kita mudah dikotak-katikkan
oleh isu-isu yang memungkinkan berlakunya perpecahan dalam parti.
Teganya parti-parti komponen BN perlu bijak dan indak mengikut
kehendak waktu dan zaman. Jangan sampai wujud polemik berpuak-puak sehingga
melemahkan semangat perjuangan kolektif yang menjadi teras kekuatan parti.
“Sebagai tunjang Barisan
Nasional, kita harus membentuk satu barisan yang boleh menjadi iktibar kepada
parti-parti komponen yang lain.
“Adalah menjadi tanggungjawab
kita bersama, untuk memastikan BN Saobah mantap dan kukuh. Parti lemah, bererti
seluruh komponen akan menjadi lemah,” ujarnya.
Sehubungan itu Aminah turut menyeru ketua-ketua Wanita Umno di peringkat
cawangan memberi tumpuan perjuangan dan gerak kerja perlu dikemaskini dan
dipandang serius bagi membolehkan pergerakan itu mengharungi perjuangan dan
cabaran intelektual alaf baru agar matlamat pembabitan mereka dalam arus
perdana politik negara tercapai.





No comments:
Post a Comment