Beliau berkata Puteri Umno Kota Marudu akan menjalankan aktiviti seperti
menyusur akar, ziarah kasih, Program Puteri Prihatin untuk mendengar dan
melihat sendiri masalah yang dihadapi.
Program Puteri Prihatin adalah untuk menyelami sendiri denyut nadi
rakyat bukan sahaja di kawasan dalam bandar dan luar bandar tetapi juga di
Hospital-dan klinik kerajaan.
“Ini sejajar dengan kehendak
Perdana Menteri dan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan
ahli politik berkhidmat demi kepentingan rakyat. Dan program ini merupakan
insiatif Puteri Umno Malaysia melalui Kementerian Kesihatan,” ujar Redonah.
Beliau berkata demikian semasa melawat Hospital Lotong Kota Marudu,
semalam (3 Mac).
Program itu turut disertai Pengarah Hospital Lontong Kota Marudu, Dr.
Rosfina. Puteri Umno Kota Marudu turut memberi buah tangan kepada para pesakit
sebanyak 100 bungkusan kepada pesakit thalassemia, wad kanak-kanak, wad lelaki
dan wad perempuan.
![]() |
| KENANGAN ... Redonah dan Jawatankuasa Puteri Umno Kota Marudu merakamkan gambar kenangan bersama dan Pengarah Hospital Dr. Rosfina dan kakitangan hospital pada Program Puteri Prihatin. |
![]() |
PRIHATIN .... Redonah menyampai bungkusan kepada salah seorang pesakit ketika melawat wad kanak-kanak bersama Pengarah Hospital Lontong KM, Dr. Rosfina. |
![]() |
SUMBANGAN ... Redonah menyampai bungkusan kepada salah seorang pesakit ketika melawat wad kanak-kanak bersama Pengarah Hospital Lontong KM, Dr. Rosfina. |
![]() |
Melawat pesakit thalassemia. |




No comments:
Post a Comment